Posted by & filed under Activities.

Print Friendly

Kementerian Pendidikan Malaysia meneruskan inisiatif murni setelah lawatan YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib bin Abdul Razak ke Gaza baru-baru ini. Satu Misi Akademik dalam bentuk Dialog Pengajian Tinggi Malaysia-Palestin akan berlepas ke Gaza pada 21 Jun 2013. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM – Pengajian Tinggi) melalui agensinya iaitu Institut Penyelidikan Pengajian Tinggi Negara (IPPTN) dengan kerjasama beberapa Universiti tempatan dan Aqsa Syarif Berhad akan bersama MISI AKADEMIA & DIALOG PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA-PALESTIN dan akan menghadiri persidangan dan dialog di Universiti Islam Gaza.
Diantara objektif misi dan Dialog Pengajian tinggi adalah seperti berikut:-

  1. Menyediakan landasan ‘engagement’ bagi ahli-ahli akademik Malaysia dan Palestin untuk menyuara dan menyebarkan pandangan tentang isu-isu pembangunan akademik serta berkongsi pengalaman pengurusan pengajian tinggi di Malaysia.
  2. Mengenalpasti ruang dan peluang kerjasama akademik antara Malaysia dan Palestin dan seterusnya membuka dan membina jaringan akademia serta mencetuskan program kerjasama yang lebih tersusun, formal dan efektif antara institusi –institusi pengajian tinggi Malaysia dan Palestin.
  3. Mengadakan dan memperkuatkan jaringan sosial dengan komuniti Palestin, serta menempat dan memperkukuhkan pengaruh Malaysia di persada dunia.
  4. Menyampaikan tambahan bantuan kemanusiaan Aqsa Syarif khususnya untuk sektor Pendidikan di Gaza.

MAKLUMAT LANJUT AKAN MENYUSUL KEMUDIAN INSYA ALLAH.

934956_676773649006756_1618698738_n 1001167_676773452340109_2093856698_n