Posted by & filed under Activities, Articles.

Print Friendly

Alhamdulilahpada 23 hb Februari bertempat di Dewan CTL, Sekolah Pengajian Siswazah, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai , Johor telah berlangsung Forum PERINTIS bertajuk Strengthening Education And Scientific Development For The Muslim Ummah bersempena Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Saintis Muslim Malaysia (PERINTIS).

Panel jemputan terdiri daripada Yang Berbahgia Prof Datuk Ir Dr Mohd Saleh Jaafar, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UPM, Prof Ir Dr Jailani Salihon , Dekan Fakulti Kimia dabn Sumber Asli, UMP dan Prof Ir Dr Mohd Azraai Kassim, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UTM  sementara moderator adalah Presiden PERINTIS, Prof Dr Zainuddin Abdul Manan, Dekan Fakulti Kejurutearaan Kimia, UTM. Prof Datuk Ir Dr Mohd Salleh Jaafar memulakan  bual-bicara dengan menjelaskan peri pentingnya Sains dan Teknologi yang sangat berkait rapat dengan inovasi.

Ilmuwan Islam satu masa dahulu sangat dikenali dengan pelbagai inovasi dalam bidang kejuruteraan, perubatan, astronomi, matematik dan sebagainya. Inovasi  merupakan pemangkin kepada pembangunan ekonomi berpendapatan tinggi. Sehubungan dengan itu, matlamat sebuah universiti penyelidikan adalah untuk mengeluarkan modal insan yang inovatif yang mampu menjalankan penyelidikan yang mantap seterusnya menghasilkan produk-produk R&D yang mmpu menjana kekayaan yang boleh meningkatkan kualiti kehidupan.

 

Impact of R&D Investment on Countries' Innovation & Economy ASEAN Powerhouse in Research

 

 

 

 

 

 

Dalam situasi semasa, Negara kita menduduki tempat yang ke 35 dalam inovasi dan tempat ke 36 dalam GDP Nominal , satu indikator kualiti kehidupan sesebuah Negara.  Manakala sejumlah 3950 graduan PhD telah dihaslkan oleh universiti penyelidikan dari tahun 2005 hingga 2011. Jumlah penerbitan yang merupakan output penyelidikan juga semakin meningkat di mana Malaysia merupakan negara yang sedang meningkat dengan sangat pantas.

 

 

PhD Graduates in RUs Fastest growing nation

 

 

 

 

 

Research Profiles

Dalam penyelidikan, Korea berada di garisan hadapan dengan bilangan penyelidik yang tinggi .  Menarik diperhatikan Negara yang menerajui penyelidikan terutamanya dalam Sains dan Teknologi juga membawa bersama budaya yang mempengaruhi gaya hidup kini. Ini jelas dengan filem Korea yang menjadi kegilaan remaja, ikon-ikon selebriti Korea, K-pop, Gangnam Style dan sebagainya. Oleh itu, amatlah penting kita sebagai orang Islam mempertingkatkan ilmu, kepakaran , penyelidikan yang bertaraf dunia untuk menerajui perbangunan Sains dan Teknologi agar budaya Islam juga turut tersebar luas, Usaha meningkatkan keprofesionalisma dalam bidang masing-masing  adalah satu usaha da’wah yang komprehensif bagi membawa rahmat kepada sekalian alam.  Adab dan akhlaq seorang saintis Muslim yang baik boleh dijadikan sebagai satu wadah da’wah bil hal melalui jalinan dan jaringan penyelidikan dengan personality yang berintegriti dan akauntabiliti yang tinggi dan teguh atau dengan kata lain qawiyyul ameen seperti disifatkan kepada Nabi Musa a.s dan hafizul ameen sebagaimana Nabi Yusuf a.s.  Amat perlu kita membuat refleksi diri apakah nilai yang kita bawa sebagai penyelidik atau Saintis Muslim? Adakah penyelidikan kita berorientasikan semata-mata wang ringgit.

 

Dalam situasi yang sedia ada, sesuatu yang amat ketara, dana dan hasil penyelidikan masih didambakan terutama oleh negara-negara OIC yang masih jauh ke belakang ketinggalan. Sebagai saintis Muslim, kita harus menggembeling tenaga dan meningkatkan kesedaran dikalangan sanities Muslim bagi menjalinkan kerjasama erat dengan rakan-rakan strategik serta memperkukuhkan jaringan penyelidikan seperti universiti, MOU, badan-badan penyelidikan setempat dan luar negara dengan mengambil manfaat dari geran-geran dan platform yang ada bagi membiayai penyelidikan yang berdaya maju dan berpotensi tinggi tanpa kita mengenepikan nilai-nilai Islam dalam bermuamalah.  Prof Datuk Dr Mohd Salleh menyarankan agar kita membina jaringan dengan negara-negara bukan OIC serta jalinan kerjasama akademik dan penyelidikan dengan menggerakan modal insan samada staf mahupun pelajar melalui penyeliaan dan penyelidikan yang berimpak tinggi. Salah satu usaha yang wajar diperkukukahkan adalah dengan penubuhan dana berbentuk wakaf bagi membiayai R&D dan pendidikan khususnya untuk Negara-negara Islam yang memerlukan bantuan.

Seterusnya, Prof Ir Dr Azraai Kassim menjelaskan peri pentingnya kekuatan dalam Sains dan Teknologi bagi menerajui sesebuah Negara apatah lagi dengan situasi semasa dimana dunia telah didominasi oleh alatan, gajet, instrument dan idea-idea berkaitan dengan Sains dan Teknologi. Kemakmuran sesebuah Negara akan bergantung kepada ekonomi berlandaskan inovasi dan dapat menjana pendapatan tinggi.

The Extreme FutureDalam masyarakat moden ini tidak ada yang terkecuali dari menjadi pengguna Sains dan Teknologi seperti universiti yang memerlukan penyelidik yang mempunyai kefahaman yang tinggi dalam sains dan teknologi, sekolah yang memerlukan guru yang berkelayakan untuk mengajar subjek berkaitan sains dan teknologi, industri terutama yang berteknologi tinggi, tenaga kerja dan masyarakat secara umumnya.

Prof Ir Dr Mohd Azraai berkongsi buah fikir James Canton, pengarang buku The Extreme Future: The Top Trends That Will Reshape the World in the Next 20 Years  yang membincangkan mengenai tren masa akan datang yang akan mencorakkan dunia dimana Innovation Economy adalah salah satunya yang berpaksikan kepada 4 fokus utama bidang inovasi iaiatu Bioteknologi, Nanaoteknologi, Teknologi Maklumat dan Neuroteknologi. Antara teknologi yang dijangka akan mendapat tempat adalah DNA kuhus, perdagangan Internet, pelancungan angkasa, robot domestic dan lain-lain.  Kemakmuran dan kemajuan akan bergantung kepada pembangunan dan inovasi. Pasaran yang dijangka ke hadapan adalah seperti personal security, renewable energy, longevity medicine, nano manufacturing. Maka disekolah-sekolah dan universiti, pendedahan sains dan teknologi yang lebih maju perlu mula diperkenalkan.

Menurut Abu Ala Maududi, dalam ceramah beliau di Isamic Research Academy pada tahun 1963,  sewaktu kegemilangan Islam, kita menjadi satu kuasa dominan bukan sahaja dalam ketenteraan tetapi juga dalam pembelajaran dan penyelidikan.  Kesan kepada menjadi peneraju dalam Sains dan Teknologi jelas kelihatan kepada pengaruh budaya yang dimenyongsong sekali contohnya Korea. Rata-rata masyarakat dunia bukan sahaja mengenali Samsung tetapi juga K-Pop, Gangnam Style, filem-filem Korea dan selebriti Korea yang ditiru tren dan fesyen pakaian, gaya rambut dan sebagainya. Korea mampu menjadi Negara yang maju dari segi Sains dan Teknologi walaupun tiada  sumber asli. Oleh itu, sebagai saintis Muslim, sayugialah kita bermuhasabah dan bertanya apakah nilai yang kita bawa?  Pengembelingan tenaga pakar dalam Sains dan Teknologi yang boleh menghasikan inovasi yang bertaraf dunia merupakan satu usaha da’awah yang akan membawa mesej dan budaya Islam seiring dengan kemajuan dan kemakmuran dengan nilai-nilai dan citra Islam.  Menjadi qudwah saintis yang cemerlang juga merupakan satu usaha da’wah bil hal.

Persoalannya, dari sudut sumbangan negara-negara OIC dalam penyelidikan, penerbitan masih lagi jauh ketinggalan ke belakang.  Bagaimana kita maju dan makmura dengan Sains dan Teknologi dan menerajui inisitif inovasi masa kini? Tiga buah Negara OIC yang terkehadapan seperti Iran, Pakistan dan Malaysia sewajarnya berusaha untuk belajar dan memindahkan teknologi dari Negara lain seperti Korea, Jepun dan seterusnya membantu negera-negera OIC yang untuk membangun dalam usaha memajukan Ummah sejagat. Usaha ini sudah tentunya memerlukan kepada tenaga-tenaga pakar. Maka kita perlu berusaha agar  Negara memberikan lebih perhatian dan peruntukan kepada pembangunan Sains dan Teknologi, menyedarkan para pelajar peri pentingnya Sains dan Teknologi dan memujuk mereka memilih bidang yang berkaitan Sains dan Teknologi agar kegemilangan Ilmuwan Islam satu masa dahulu dapat dikembalikan. Menurut Syeikh Yusuf AL-Qardhawi, masa produktif untuk bagi Negara-negara Islam adalah 27 minit sahaja jauh berbeza dengan rakyat Korea dan Jepun. Prof Dr Jailani Salihon pula seterusnya mejelaskan mengenai salah tanggapan mengenai setengah golongan yang menganggap Sains dan Teknologi adalah sesuatu yang asing dari agama dan dijadikan agama sebagai alasan untuk menjadi kurang menyambut gagasan Sains dan Teknologi.

Rasulullah SAW bersabda

“Al-Hikmah adalah barang yang hilang dari orang mukmin, maka di mana saja ia dapati, dia adalah orang yang paling berhak terhadapnya”(Riwayat Imam at-Tarmidhi)

Adalah menjadi tanggung-jawab kita sebagai orang Islam untuk mengambdil perkara-perkara atau inisatif yang baik dan dimanafaatkan untuk ummah dimana sahaja kita menjumpai walaupun dari orang bukan Islam. Sains , Teknlogi dan Inovasi juga merupakan satu hasil dari keintelektualan seorang manusia yang menghasilkan manusia dengan kepakaran tertentu. Maka dalam satu riwayat

[quote style=”boxed”]Hadis Dari ‘Aisyah dan dari Tsabit dari Anas r.a : Nabi saw pernah melalui suatu kaum yang sedang mengahwinkan (mengacukkan) pohon kurma lalu Beliau bersabda: “Sekiranya mereka tidak melakukannya, kurma itu akan (tetap) baik.”Tapi setelah itu, ternyata kurma tersebut tumbuh dalam keadaan rosak (hasilnya tidak menjadi). Hingga suatu saat Nabi saw melalui mereka lagi dan melihat hal itu, Beliau bertanya: “Ada apa dengan pohon kurma kalian?” Mereka menjawab, ‘Bukankah anda telah mengatakan hal ini dan hal itu (tidak perlu mengacukkan kurma)?’ Beliau lalu bersabda: “Kalian lebih mengetahui urusan dunia kalian.” [4358] Sahih Muslim[/quote]

Jika kita mengimbau sejarah Ilmuwan Islam, dengan kefahaman mereka dengan Islam , maka mereka dengan segera menggunakan teknologi baru, konsep dan strategi. Di samping itu mereka juga menghasilkan teknologi yang baru dan inovatif denga kadar perkembangan yang pantas yang diakui oleh sejarahwan barat sebagai secepat kilat.  Dari zaman sebelum Islam, teknologi terbaru, konsep dan pengurusan strategic ini telah digunapakai beserta penghasilan yang baru dan inovatif, maka dalam hanya beberapa dekad,  orang Islam diketuai oleh Khalid ibnu Walid, r.a. mampu menewaskan bangsa Romawi di Yarmouk ketika pemerintahan Khalifah UMar r.a dan di Mesir yang diketuai oleh Amru ibn Al-As.

Sewaktu pembukaan Konstantinople juga, Sultan Muhammad Al-Fateh dengan kehebatan pengurusan strategiknya, jurutera dan tenteranya berupaya membawa 70 kapal dalam satu malam merentasi sebuah bukit.   Orang Islam ketika itu mempunyai teknologi persenjataan yang canggih dan  terkehadapan serta teknologi memindahkan kapal atas jalan darat.  Prof Dr. Peter Paufler dan kumpulannya di Universiti Teknikal Dresden, Jerman telah menemui fakta bahawa Salahuddin al-Ayubi telah menggunakan teknologi tiub karbon nano yang menghasil pedang yang sangat tajam  dan mudah lentur. Malahan Nabi Nuh terkenal dengan teknologi senibina kapalnya, Nabi Daud dengan teknologi pembuatan besi, Iskandar Zulkarnain dengan teknologi kejuruteraan, Nabi Isa dengan Ilmu perubatan dan Nabi Idris dengan ilmu Matematik. Maka tidak ada bukti mengatakan agama dan Sains dan Teknologi tidak ada hubungan dan kait-mengait malahan dipelopori oleh para Nabi-Nabi dan inovasi telah menjadi sebahagian dari budaya penting orang-orang Islam.

Bagaimana kita dapat mencapai semua ini, tanpa kembali kepada Islam. Allah berfirman

Surah Al-A’raf : 79

Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya.

Dan Islam memberikan keutamman dalam mencari ilmu sebagaimana dalam firman Allah

Surah AL-Alaq : 1

Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menciptakan kamu.

Dalam menjayakan gagasan ini, tidak dapat tidak jalinan dan jaringan jerjasama perlu diperhebatkan dikalangan saintis Muslim dalam meningkatkan kepakaran dan berkongsi kepakaran, dana dengan Negara-negara Islam yang memrlukan bantuan. Satu usaha kesukarelawanan tanpa bermotifkan duit dan ganjaran material semata-mata akan dapat membantu melonjakkan ummh kepada tahap yang lebih tinggi. Sains , Teknologi dan Inovasi tidak dapat dipidahkan dati orang Islam dan ia merupakan wadah yang boleh membawa Islam sebagai rahmatan lil ‘Alameen. Alhamdulilah , Forum ini telah dapat membuka mata para peserta dan seterusnya memberikan semangat bagi para saintis agar terus maju dalam penghasilan penyelidikan sebagai satu usaha perkembangan ilmu juga sebagai saham akhirat dalam konteks ilmu yang dimanafaatkan dan amal jariah, sumbangan waqaf ilmu, masa dan minda untuk pembangunan ummah dan meninggikan izzah dan syiar Islam. Wallahu’Alam.