PR-Palestin-2014

Posted by & filed under Announcements, News.

Print Friendly

Keganasan pihak Zionis Israel tanpa belas kasihan dan peri kemanusiaan kembali dengan serangan bertubi-tubi yang menyaksikan golongan kanak-kanak serta wanita yang tidak berdosa sebagai mangsa. Turut menjadi sasaran adalah tempat-tempat umum seperti masjid-masjid, hospital, ambulan termasuk sekolah Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menjadi tempat perlindungan 180,000 mangsa-mangsa perang dan 80 buah sekolah UNRW.

Israel kembali mengganas sejak dari 8 Julai hinggalah ke hari ini 31 Julai 2013 bersamaan dengan 4 Syawal 1435H yang telah mengorbankan lebih 1200 orang, lebih 6000 orang cedera dan ratusan rumah dimusnahkan oleh bom-bom Israel. Tanpa sokongan dari Mesir untuk membuka laluan di sempadan Rafah, maka tiada tempat yang selamat bagi Gaza.

Saintis Muslim Malaysia (PERINTIS) membantah sekeras-kerasnya jenayah perang dan serangan tanpa peri kemanusian ini. Bukan sahaja penduduk Palestin yang menjadi mangsa serangan, malahan paramedik dari Tunisia, sekolah-sekolah UNRW dan yang terkini, Dr Bashir Ibrahim Al-Hajjar yang merupakan ahli akademik Islamic University of Gaza dan adik beliau, Munir Ibrahim Al-Hajjar bakal pelajar Phd yang akan mendaftar di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada September 2014 yang merupakan staf PBB atau UN, turut terbunuh dalam kenderaan PBB yang tertera jelas perkataan UN.

PERINTIS yang terdiri dari para akademia dan teknokrat, menggesa masyarakat yang cintakan kedamaian untuk tampil kehadapan membantah dan menyedarkan masyarakat umum mengenai jenayah yang sangat kejam ini. PERINTIS menggesa masyarakat supaya

  1. Terus mengadakan solat hajat dan Doa Qunut Nazilah memohon bantuan daripada Allah keatas saudara yang dizalimi dengan begitu teruk dan kejam.
  2. Terus memberikan sumbangan derma kepada NGO yang mempunyai jalinan terus dengan saudara kita di Palestin
  3. Memboikot produk yang ada kaitan dengan Israel seperti Mc Donald, produk Nestle, Coca-Cola L’Oreal dan yang seumpamanya sebagai langkah protes yang bertujuan melumpuhkan ekonomi Israel.
  4. Menganjurkan taklimat dan sesi perkongsian untuk menyedarkan masyarakat, dengan kerjasama NGO yang mendapat maklumat yang sahih dari tanah Palestin seperti Aqsa Syarif.

Professor Dr Zainuddin Abdul Manan
Presiden
Persatuan Saintis Muslim Malaysia (PERINTIS)