Posted by & filed under News.

Print Friendly

Alhamdulillah, youthsatu perjumpaan dengan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Ikram Siswa USIM serta AJK telah diadakan di Fakulti Sains dan Teknologi, USIM . Agenda utama perbincangan adalah penubuhan PERINTIS Youth USIM.

Presiden , Prof Dr Zainuddin telah memberi taklimat mengenai sejarah penubuhan PERINTIS, aktiviti- aktiviti yang telah dijalankan seterusnya menjelaskan tujuan penubuhan PERINTIS Youth di IPT. PM Dr Salwani Mohd Daud, Naib Presiden II , PERINTIS, Dr Norhasnida Zawawi , Setiausaha Kehormat dan PM Dr Norita Md Norwawi, Exco PERINTIS turut hadir. Ikram Siswa telah diwakili oleh Ahmad Akmaluddin, Muhammad Afif, AIn Sofiah dan Nor Saadah.

Aktiviti pertama yang akan dilaksana adalah Kovensyen PERINTIS pada 22 Mac 2014 di USIM sempena AGM 2014 beserta pelancaran Perintis Youth USIM. Moga usaha ini menjadi titik permulaan ke arah melahirkan bakal-bakal saintis Muslim yang mempunyai visi dan misi untuk menyumbang kepada kesahjeteraan Ummah.