Posted by & filed under Activities.

Print Friendly

Satu bengkel yang dilaksanakan dalam Program Komuniti anjuran UKM yang diketuai oleh PM Dr Nor Azan Mat Zin, PM Dr Zulaiha Ali Osman dan Dr Zurina. Bengkel PERINTIS-AlAmin-ScienceOn1 atau islamisasi ilmu kontemporari (aqidah merentasi kurikulum) dimulakan dengan penyampaian oleh PM Dr Salwani Mohd Daud (PERINTIS) dan kemudian guru dipecahkan ke dalam kumpulan mengikut bidang untuk mengeluarkan lesson plan atau bahan yang boleh disepadukan dengan Islam.

Fasiliator adalah guru daripada Pusat Pendidikan Al-Amin Berhad iaitu Cikgu Wan Norsiah, Ustaz Isharuddin Bin Ismail dan Cikgu Muhd Aizuddin Ali. Terima kasih kepada Pengetua Sekolah, Tn Hj Mohd As’ed Dato’ Hj Shamsudin dan semua guru yang terlibat. Alhamdulillah ini adalah satu permulaan yang tidak berhenti dengan bengkel ini, Insya Allah dah ada kalangan guru-guru sekolah ini yang sudah mempraktikkannya.