PERINTIS on TV AlHijrah 20th June 9:30am

SESI TEMUBUAL DI TV AL-HIJRAH
TAJUK: BANTUAN KEPAKARAN SAINS DAN TEKNOLOGI MALAYSIA – GAZA
20 Jun 2013 jam 9:30 pagi

PANEL JEMPUTAN:

1. Prof Madya Dr Mohd Hafidzi Mohd Nor
Pengerusi Aqsa Syarif Berhad ; UPM Associate Professor

2. Prof Madya Dr Norita bt Md Norwawi
Exco, Persatuan Saintis Muslim Malaysia (PERINTIS) – ROS-0822-10-WKL
Deputy Dean (Student Development and Performance Management)
Faculty of Science and Technology
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

 

PENDAHULUAN

aqsa syarif

Aqsa Syarif telah sekian lama melibatkan diri dalam kempen kesedaran membantu Palestin dan telah menghantar sejumlah 16 Misi-misi Kemanusiaan ke Palestin termasuk Penyertaan dalam Misi Kapal Flotila Mavi Marmara Mei 2010 dan Misi Global Jalan Darat London-Gaza Okt 2010. Sejumlah RM16juta telah disalurkan Aqsa Syarif melalui 60 projek -projek kemanusiaan di Palestin hasil sumbangan orang ramai melalui tabung kemanusiaan Aqsa Syarif yang memberi fokus kepada Makanan, Perubatan, Pendidikan dan Sosio-Ekonomi.

Sehingga kini 23 projek yang nilainya RM3.785 juta (29%) diperuntukan untuk projek-projek berkaitan pendidikan untuk rakyat Palestin. Sumbangan di sektor pendidikan yang disalurkan Aqsa Syarif merangkumi projek pembangunan (tadika, komuniti, sekolah dan Universiti), pentadbiran dan biasiswa untuk pelajar-pelajar Palestin melanjutkan pelajaran di peringkat kolej dan universiti di palestin dan di Malaysia.

Aqsa Syarif pada tahun ini berusaha memberi fokus kepada bantuan membangun modal Insan rakyat Palestin khususnya di Gaza melalui kerjasama bidang pengajian tinggi dan kerjasama kepakaran sains dan teknologi.

Perkongsian Pintar Aqsa Syarif dan Persatuan Saintis Islam Malaysia (PERINTIS) telah membuka ruang lebih besar bagi rakyat malaysia membantu Gaza bangkit dengan keupayaan modal Insannya.

 

SYNOPSIS 

Temubual akan menyentuh berkenaan Misi akademik Aqsa to Gaza 17 bersama Kementerian Pendidikan Malaysia.

Antara lain, Pengenalan Aqsa Syarif dan PERINTIS, community engagement melalui Sains, Teknologi dan Inovasi, perkongsian pintar dengan pelbagai pihak, Misi PERINTIS menjadikan Sains Rahmatan Lil “Alamin (Sains untuk membawa Rahmat ke sekelian Alam)

Bagi yang berkesempatan, Ikuti temubual pada jam 9:30 hari ini.

934956_676773649006756_1618698738_n

Scroll to Top