Science4Uth!

Science 4Uth! adalah salah satu program Persatuan Saintis Muslim Malaysia (PERINTIS) khusus untuk mengenengahkan sains sebagai kaedah untuk membawa rahmat ke seluruh alam sesuai dengan moto PERINTIS iaitu ‘Sains Untuk Kesejahteraan Alam’. Sasarannya adalah pelajar sekolah rendah & menengah di seluruh Malaysia. Program Science4Uth! memberikan pendedahan umum dalam bidang sains dan teknologi kepada golongan pelajar sekolah dengan kaedah yang kreatif, interaktif dan menarik minat golongan ini. Program ini memberi penekanan kepada:

  1. Apa itu Sains?
  2. Kepentingan sains di dalam kehidupan

OBJEKTIF Objektif yang hendak dicapai adalah:

  1. Meningkatkan kesedaran dan minat generasi muda (peringkat rendah dan menengah) dalam bidang sains dan teknologi.
  2. Memperkenalkan sains dan teknologi kepada generasi muda dalam konteks kehidupan yang luas yang berperanan besar untuk mewujudkan kesejahteraan umat manusia secara keseluruhannya.
  3. Mempromosi konsep saintifik dan inovasi teknologi sebagai saluran positif dan membina hubungan yang rapat dengan Pencipta.
  4. Menghubungkan tema-tema sejarah sains, industri dan seni dengan perkembangan terkini.

Sila hubungi:
Mohd Nazaruddin Zubir di nazha_um@yahoo.com / 013-6206684
Prof Madya Dr Salwani Mohd Daud di salwanidaud@gmail.com / 019-3288904