Posted by & filed under Articles.

Print Friendly

Ramadan ialah bulan pemukiman ruhani (spiritual retreat). Manusia yang terdiri dari jasad dan ruh perlu mengimbangi pemakanan untuk kedua-duanya. Jika untuk 11 bulan yang lepas, jasad yang berbentuk fisikal telah dimanjakan dengan pelbagai jenis jamuan yang juga dihasilkan oleh alam fizikal dalam bentuk, rasa serta aroma yang berbeza.

A Palestinian man reads from the Koran, during the Muslim holy fasting month of Ramadan, in a mosque in the West Bank city of Jenin, Thursday, Sept. 11, 2008. (AP Photo/Mohammed Ballas)

A Palestinian man reads from the Quran, during the Muslim holy fasting month of Ramadan, in a mosque in the West Bank city of Jenin, Thursday, Sept. 11, 2008. (AP Photo/Mohammed Ballas)

Maka dalam Ramadan (untuk 1 bulan) ini, ruh yang yang bersumberkan dari langit berpeluang untuk mendapat sebanyak-banyak makanan yang juga diturunkan dari langit. Al-Qur’an yang diturunkan dalam Ramadan yang kemudian dibaca dan dihayati dengan sepuas-puasnya semasa qiam yang panjang, tilawah atau tadabbur sehingga boleh mewujudkan perhubungan yang akrab dengannya bahkan dengan Sumbernya. Moga-moga ruh/hati yang hidup dengan al-Qur’an ini akan beroleh taqwa ( Al-Baqarah : 183).

Kashmiri Muslims pray inside the Jamia Masjid, or Grand Mosque, on the first Friday of Ramadan in Srinagar, India, Friday, Sept. 5, 2008. (AP Photo/Dar Yasin)

Kashmiri Muslims pray inside the Jamia Masjid, or Grand Mosque, on the first Friday of Ramadan in Srinagar, India, Friday, Sept. 5, 2008. (AP Photo/Dar Yasin)

Ramadan selain dari dikaitkan bulan berpuasa, ia juga dikenali dengan bulan al-Qur’an. Allah SWT menurunkan al-Qur’an di dalamnya sebagai Huda, Bayyinah dan Furqan (Al-Baqarah :185). Siapakah yang selalu menjadi pakar rujuk kita (Huda), siapakan yang menjelaskan kekeliruan atau kekusutan yang kita hadapi (Bayyinah) atau siapakah yang menentukan betul salahnya sesuatu perkara (Furqan)?

Jika selama ini al-Qur’an masih tidak berperanan dalam kehidupan kita, selain dari ditilawah, dihafal dan dipertandingkan usaha yang serius, bersungguh-sungguh dan bersistematik perlu digerakkan untuk meramaikan lagi ummah yang mendalami, menghayati dan menjadikan al-Qur’an sebagai Huda, Bayyinah dan Furqan. Usaha ini mestilah selari dengan usaha untuk memahirkan diri dalam bahasa Arab. Dengan memahami bahasa Arab, tidaklah timbul persolan-persolan seperti dalam Ramadan ini mana lebih baik samada membanyakkan tilawah atau memahami maknanya?

A Muslim woman reads a copy of the Quran at the Istiqlal mosque during the second day of ramadan in Jakarta, Indonesia, the world's most populous Muslim-majority country, on September 2, 2008. (ADEK BERRY/AFP/Getty Images)

A Muslim woman reads a copy of the Quran at the Istiqlal mosque during the second day of ramadan in Jakarta, Indonesia, the world’s most populous Muslim-majority country, on September 2, 2008. (ADEK BERRY/AFP/Getty Images)

Setiap tahun, bonus seringkali ditunggu-tunggu oleh penjawat awam atau swasta. Malangnya ramai yang terlepas pandang akan bonus 1000 bulan yang Allah SWT sediakan setiap tahun tanpa gagal (al-Qadr : 3). Siapakah di antara kita yang berlumba-lumba untuk mendapatkan bonus ini? Amatlah malangnya jika Ramadan berlalu, kita menjadi di antara orang yang rugi kerana tidak berpeluang untuk menerima bonus ini!

Pada malam yang penuh kemuliaan, malam yang menjadi penentuan serta malam yang padat (kerana turunnya Malaikat yang memenuhi ruang bumi), satu perancangan untuk merebut bonus ini perlu dibuat supaya tidak terlepas peluang. Bebaskan diri kita daripada tuntutan-tuntutan duniawi (dengan beri’tikah) sebaliknya beri/sediakan ruang seluas-luasnya untuk membaja dan menyirami ruh dengan amalan untuk memburu laylat al-qadr. Moga dipertemukan!

A Palestinian Muslim girl prays in the men's mosque before the evening prayer called "tarawih", during the holy fasting month of Ramadan in the West Bank city of Ramallah, Wednesday, Sept. 17, 2008. (AP Photo/Muhammed Muheisen)

A Palestinian Muslim girl prays in the men’s mosque before the evening prayer called “tarawih”, during the holy fasting month of Ramadan in the West Bank city of Ramallah, Wednesday, Sept. 17, 2008. (AP Photo/Muhammed Muheisen)

Kejayaan ‘spiritual retreat’ ini ialah apabila berlalunya Ramadan, kita tergolong di antara yang mendapat rahmah, maghfirah serta perlepasan dari api neraka. Amin

Wanummi