Posted by & filed under Activities.

Print Friendly

Program Science4Uth di Masjid Sultan Yussuf , Rapat Setia , Ipoh, Perak telah diadakan pada 8 Jun 2013 anjuran Biro Belia Masjid Sultan Yussuf sempena Bulan Sambutan 40 tahun masjid ini.

Seramai 20 orang peserta anak=anak kariah terlibat yang terdiri dari pelajar STAM , sekolah menengah dan juga sekolah rendah.

Majlis dimulakan dengan ceramah berkaitan kepentingan Sains dan Islam dan ketokohan para Nabi , ilmuwan Islam dan panglima tentera Islam seperti Salahhuddin Al-Ayubi dan Sultan Muhammad Al-Fateh dari sudut sains dan teknologi turut dikongsikan.

Seterusnya aktiviti dari modul 1001 Muslim Invention yang memfokuskan kepada ilmu penerbangan berinspirasikan Abbas Ibnu Firnas telah dilaksanakan.

Para peserta telah diminta untuk mencipta Glider dari bahan-bahan seperti straw dan kertas tisu. Majlis berakhir dengan solat zuhur berjemaah.  Program ini dijayakan oleh PM Dr Norita Md Norwawi, Dr Norhasnida dan Sdr Amirasyid.