Posted by & filed under News.

Print Friendly

Laporan disediakan oleh Nazaruddin Mohd Zubir, Pengarah Sc4Uth! PERINTIS

Science4Uth! @ MHi (Madrasatul Hayah IKRAM) telah berlangsung dengan jayanya dan dipermudahkan oleh ALLAH. Program kali ini telah disertai oleh ahli-ahli PERINTIS yang juga merangkap sebagai Team Science4Uth! Pusat iaitu Prof. Dr. Pauzi, Prof. Madya Dr Salwani , Dr. Zalmiah, Nazaruddin, Afiq Juazer, Imran dan Nurul Izzah.

Penuh Tumpuan

Semangat kerja berpasukan

MHi disertai oleh pelajar seluruh Malaysia yang menunggu keputusan SPM/STPM. Science4Uth! dimulakan dengan pengenalan kepada peserta2 MHi tentang PERINTIS dan Science4Uth! oleh Akh Nazaruddin. Respon positif dan minat ditunjukkan oleh para peserta. Organisasi PERINTIS masih baru dikalangan mereka. Permulaan yang baik.

Sesi kuiz dan berkongsi pengalaman bersama Prof. Pauzi

Slot seterusnya dihangatkan lagi dengan persembahan powerpoint secara santai ole Prof. Dr. Pauzi tentang pengalaman dan cabaran sewaktu menjalankan projeknya di Artik dan Antartika. Alhamdulillah, sekali lagi respon yang cukup positif disamping keterujaan peserta2 tentang kepakaran Prof. Dr. Pauzi didalam bidang “Finger Printing” dan Environmental forensics / CSI (crime scen investigation). Slot Dr. Pauzi berlangsung hampir selama sejam setengah Slot Dr. Pauzi juga diselang-selikan dengan pertanyaan kuiz.

 

salah satu kumpulan peserta lelaki

Slot yang terakhir ialah aktivit kumpulan iaitu “Science Bridge” dkendalikan oleh Nazaruddin, Afiq, Imran dan Nurul Izzah. Pada slot ini setiap kumpulan dikehendaki membina sebuah jambatan bagi menghubungkan pulau2 (seperti dalam kajian kes) dan setiap jambatan akan diuji dengan kereta kawalan jauh. Kriteria pemenag ditentukan oleh kestabilan,praktikaliti,seni pembinaan dan juga kos kewangan yang digunakan. Seperti slot2 sebelumya, peserta2 memainkan peranan masing2 dan hampir seluruh peserta menunjukkan kesungguhan dan keseriusan masing bg menyiapkan jambatan. Pemenang2 juga telah disediakan dengan hadiah hamper.

 

Alhamduliiah, dipermudahakn segala2nya dan kami juga telah mendapatkan feedback secara langsung dari peserta2 sebagai pembaikian untuk program-program akan datang.

Pemenang