Posted by & filed under News.

Print Friendly

PERINTIS telah mengendalikan slot Science4Uth! untuk peserta XCELL 2012, program IKRAM Remaja Nasional pada 12 Mac 2012, jam 9 malam hingga 11.30 malam di pejabat IKRAM Pusat.  Slot ini dikendalikan oleh Prof Madya Dr Salwani Mohd Daud, Dr Nor Zalmiah Jahidin, Imran Tuan Yaacob dan Nurul Izzah Abd Rahim.  Slot ini dikendalikan seperti berikut:

  1. Sains dan Kita
  2. Saintis muslim pada zaman pertengahan
  3. Matematik sangat cantik!
  4. Aktiviti:
    • Kira cara al-Biruni
    • Fakta Sains dalam Quran

Alhamdulillah, sejumlah peserta seramai lebih kurang 30 orang yang semuanya masih berada dalam Tingkatan 5 yang datang daripada pelbagai sekolah di seluruh negara telah menunjukkan penyertaan aktif.

Foto2 menunjukkan pelajar sedang menggunakan protractor dan benang untuk mengira ketinggian dinding – ikut cara al-Biruni