Posted by & filed under Activities, News.

Print Friendly

Sabtu, 18 Jun 2016 menyaksikan Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor muncul sebagai juara dengan memenangi pingat emas melalui penghasilan permainan Apps “Genius Animal” di kemuncak program STEMapps Challenge 2016 peringkat negeri Johor yang telah berlansung di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor sejak bulan Februari 2016.

STEMapps Challenge yang julung-julung kalinya diadakan di Negara ini merupakan program ala realiti show yang melibatkan pembangunan aplikasi interaktif mudah alih dan bertujuan meningkatkan minat dan kesedaran pelajar-pelajar sekolah terhadap sabjek Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Program ini dianjurkan bersama oleh Persatuan Saintis Muslim Malaysia (PERINTIS), Akademi Sains Malaysia, Media and Game Innovation Centre of Excellence (MaGICX), Fakulti Komputeran, UTM, dengan Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Johor Times masing-masing sebagai rakan strategik dan rakan media.

15 kumpulan yang berjaya melepasi fasa 1 & 2 pertandingan STEMapps Challenge 2016 telah membuat pembentangan terakhir untuk hasil aplikasi mudah alih yang telah dibangunkan oleh kumpulan masing-masing. Sesi pembentangan ini dinilai oleh ahli-ahli panel juri yang mewakili pihak organisasi terbabit: Prof. Madya Dr. Haslenda Hashim (Akademi Sains Malaysia), Prof. Madya Dr. Siti Zaiton Mohd Hashim (PERINTIS), En. Shahfadir Drahman (Jabatan Pendidikan Negeri Johor), Pn. Azura Abu Bakar (MDEC), En. Amril Riduan Amrahi (NextEvolution Sdn Bhd) dan En. Mohd Kufaisal Mohd Sidik (V3X Malaysia Sdn Bhd).

Elemen penilaian meliputi aspek akademik (berasaskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik), kreativiti dan nilai komersial. Keputusan akhir pertandingan ini (seperti senarai di atas). Kumpulan pelajar-pelajar dan guru Sekolah Islam Hidayah sebagai juara STEMApps Challenge 2016 menerima tajaan ke Super Science High School (SSH) Students Fair 2016 di Kobe Jepun, pada 10-11 Ogos 2016. Pingat Perak dimenangi oleh Sekolah Kebangsaan Taman Molek yang akan menerima hadiah bernilai RM10,000. Hadiah bernilai RM5,000 jatuh kepada sekolah Kebangsaan Desa Skudai iaitu pemenang Pingat Gangsa.

Bagi pihak penganjur, kami ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat menjayakan program ini. Adalah diharapkan program ini dapat memberi sumbangan yang besar dalam menyokong agenda negara untuk mengukuhkan minat pelajar sekolah terhadap sabjek STEM, seterusnya meningkatkan kapasiti masyarakat dalam aspek rekacipta serta inovasi dalam bidang sains dan teknologi dalam memacu Malaysia menuju ke arah negara maju.
Alhamdulillah, tahniah kepada Dr Shahrizal Sunar – dari UTM-Magic-X, yg juga AJK PERINTIS bersama2 team beliau, termasuk Dr NorAzizah Ali – yang merupakan mastermind dan driver program ini..

Tahniah Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH) Johor yang memenangi Pingat EMAS di STEMApps Challenge 2016 anjuran PERINTIS, Akademi Sans Malaysia dan UTM MAGIG-X .