Posted by & filed under Announcements.

Print Friendly

Sukacita dimaklumkan bahawa The World Academy of Sciences (TWAS) merupakan sebuah organisasi antarabangsa yang berpangkalan di Trieste, Itali yang menggalakkan keupayaan saintifik dan kecemerlangan bagi kelestraian dalam pembangunan.

Pihak TWAS mengalu-alukan pihak institusi pengajian tinggi (IPT) untuk menyertai pencalonan bagi dua kategori berikut:

a)  TWAS Prizes; dan

b)  TWAS-Celso Furtado Prize in Social Sciences 2013 

Oleh yang demikian, sukacita dipanjangkan jemputan dari TWAS untuk perhatian.  Sekiranya YBhg Prof Emeritus/Prof/Prof Madya/Dr/Tuan/Puan berminat untuk menyertai pencalonan ini, sila layari laman web mereka di http://www.twas.org/.

Tarikh akhir mengemukakan pencalonan terus kepada pihak penganjur pada 28 Februari 2013 sepertimana di laman web.