Posted by & filed under Activities.

Print Friendly

PERINTIS (Persatuan Saintis Muslim Malaysia)  merakamkan ucapan penghargaan kepada Prof Datuk Dr Osman Bakar, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) kerana sudi untuk berkongsi pemikiran dalam Wacana Ilmiah yang diadakan pada 7 Mac 2012. Acara ini adalah anjuran bersama dengan Fakulti Teknologi dan Sumber Maklumat (FTSM), Universiti Kebangsaan Malaysia di Dewan Multimedia kepunyaan fakulti.Para peserta berpeluang untuk mendengar dari seorang yang sangat berwibawa tentang subjek ini di mana bukunya yang terkenal ‘Pengkelasan Ilmu dalam Islam’ telah mempunyai sekitar 400 petikan sehingga kini. Beberapa soalan yang sangat mencabar dari peserta mempunyai daya tarikan yang cukup bagi lebih kurang 75 hadirin untuk terus duduk sehingga akhir.

FTSM lecturers  filling up the popular back rows of the lecture hall

Para hadirin telah diajukan dengan beberapa isu yang sangat penting, diantaranya ialah:

• Klasifikasi ilmu sebagai satu mercu tanda dalam sejarah keintelektualan Islam
• Gambaran menyeluruh sejarah klasifikasi ilmu dalam Islam
• Mengapa klasifikasi ilmu penting untuk minda Islam?
• Bila dan mengapa pengkelasan ilmu berhenti sebagai aktiviti intelektual dalam
tamadun Islam?
• Relevannya idea Islam tentang klasifikasi ilmu kepada dunia kontemporari
• Keperluan untuk menghidupkan semula tradisi Islam dalam mengklasifikasi ilmu

Dr. Zalmiah dan PM Dr. Salwani at the front row. At the other end are UKM media team covering an important event (Datuk Prof. Dr. Osman Bakar is a well-known figure in the academic world)

Melihat kepada keadaan kekeliruan, kesilapan, tiada aturan, tidak terarah serta kurang ketepatan rmatlamat dalam pencarian ilmu hari ini, terdapat keperluan serius untuk mengkategori dan mengklasifikasikan ilmu.

1) Usaha untuk mengkategorikan ilmu kepada ilmu yang bermanafaat dan tidak bermanafaat adalah penting kerana ilmu dibentuk menurut kepercayaan atau pandangan alam penerajunya, lebih tepat lagi ia tidak bersifat neutral disamping skopnya begitu luas. Ini dilakukan supaya kita terselamat dari menerima apa sahaja ilmu atau maklumat yang mendatang disamping berwaspada terhadap pemikiran yang menyeleweng atau memudaratkan.

2) Kewujudan pelbagai bidang atau disiplin ilmu yang bermanafaat memerlukan klasifikasi yang tepat berdasarkan pendekatan Islam supaya keutamaan dapat diberikan berdasarkan :a) sains wahyu (ulum naqliyah) dan sains rasional (ulum aqliyah)
b) fard ‘ayn dan fard kifayah
c) ilmu Shari’ah dan ilmu bukan Shari’ah
d) ilmu yang dipuji (mahmudah) dan ilmu yang dicela (mazmumah)Klasifikasi ilmu dapat menentukan keseimbangan dan keharmonian, kesatuan berasaskan tawhid serta memelihara pandangan alam Islam. Klasifikasi ilmu juga menentukan supaya tidak berlebihan terhadap ilmu yang bukan keutamaan.3) Hari ini ramai yang terperangkap dengan pengkhususan dalam sesuatu disiplin, tidak sebagaimana ilmuan Islam terdahulu yang bersifat multi disiplin disamping ensaiklopedik. Sebagai pembaikan (adalah agak mustahil untuk mencontohi sepenuhnya disebabkan faktor epistemologi, metodologi bahkan matlamat itu sendiri sudah tersasar), disarankan supaya berusaha untuk sekurang-kurangnya mengenal atau lebih baik lagi mendalami disiplin yang berdekatan atau berkaitan.Dengan penekanan yang diberi dalam aspek ini, adalah diharapkan akan wujud satu kurikulum pendidikan yang dapat mengekalkan keseimbangan harmoni diantara keperluan yang berkekalan dan keperluan yang berubah-ubah bagi sesebuah masyarakat.

The speaker- captured from the screen