Posted by & filed under Activities.

Print Friendly

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, Wacana Ilmu Kelab IQRA’ UTM bersama PERINTIS telah berjaya diadakan pada 19 Oktober 2011 di UTM Skudai, Johor dengan kehadiran seramai 150 orang pelajar.

Presiden PERINTIS dan Dekan Fakulti Kejuruteraan Kimia, UTM, Prof Dr Zainuddin Abdul Manan yang juga merupakan ahli IKRAM telah menyampaikan ceramah Peranan Saintis Memanfaatkan Sains untuk Kesejahteraan Alam.  Pelajar-pelajar yang hadir begitu teruja dengan peluang yang begitu luas untuk menyumbang bersama Persatuan Saintis Muslim Malaysia (PERINTIS) dalam satu dimensi da’wah yang bertujuan untuk memanfaatkan sains demi kesejahteraan alam serta manusia.

Para peserta juga telah dihidangkan dengan pembentangan multi-media selama 1 jam yang memukau mengenai bukti-bukti saintifik tentang keajaiban Al-Quran dari sudut pandangan sains bertajuk  Al-Quran: Dairi Hati oleh Dr Hishamudin Alham yang merupakan Ahli PERINTIS, Ahli IKRAM serta Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, UTM.

InshaAllah, PERINTIS seterusnya merancang untuk ke mengadakan roadshow  “Al-Qur’an Panduan Saintis untuk Mensejahteraaan Alam”.