Seminar Pendidikan Untuk Kesejahteraan Sejagat 2018 (SPEAKS’18) 6 Disember 2018, Khamis, UTM Kuala Lumpur

Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Saintis Muslim Malaysia (PERINTIS), sebuah NGO berdaftar di Malaysia untuk profesional, saintis, jurutera dan teknokrat muslim akan menganjurkan Seminar “Pendidikan Untuk Kesejahteraan Sejagat”. Ia sebahagian usaha PERINTIS untuk mencapai misi dan visi menjadi sebuah organisasi yang menerajui pembangunan sains dan teknologi demi kesejahteraan umat.

Dalam usaha untuk mencapai kesejahteraan masyarakat, pendidikan menjadi satu wahana yang teramat penting untuk membentuk sesebuah generasi yang membangun dari satu tamadun ke tamadun yang lain. Ilmu yang menyeluruh dalam sistem pendidikan yang dinamik amat diperlukan dalam melahirkan generasi yang mampu bertahan dalam abad ke-21. Ilmu tentang alam fizikal, alam kemanusiaan dan alam kemasyarakatan akan menggunakan segala potensi yang wujud untuk membangun dirinya, alam sekitar dan masyarakat.

Kita tidak lupa juga kepada mereka berkeperluan khas untuk mendapat hak pendidikan yang sama. Segmen masyarakat ini sudah lama tidak diberi perhatian yang sewajarnya dan mereka mesti diberi keadilan dalam mendapat pendidikan.

Jadi seminar sehari ini akan mengemukakan isu-isu berkaitan pendidikan dan seterusnya dapat membuka minda kita untuk sama-sama berbincang dan memberi cadangan. Seminar anjuran PERINTIS ini ditujukan khas untuk penyelidik, ahli lembaga pengelola sekolah, pendidik, ibu bapa, pelajar, dan mereka yang terlibat dalam membentuk polisi atau sesiapa sahaja yang berminat dalam topik berkenaan. Beberapa orang penceramah terkemuka telah dijemput untuk menjayakan seminar ini. Ambillah peluang keemasan ini untuk menghadiri seminar ini.

Jumpa anda di sana………

Pengerusi JK Seminar SPEAKS 2018